Demak Evo Z 150R dipamerkan di INTERMOT 2016

0
1511

demak-evo-z-150r

Pada awal Oktober 2016 yang lepas, syarikat pengeluar motosikal tempatan Demak turut menyertai pameran motosikal antarabangsa INTERMOT 2016 yang berlangsung di Cologne, Jerman. Salah sebuah model terbaharu yang dipamerkan di sana oleh Demak ialah Demak Evo Z 150R, dipercayai menggunakan enjin dalam kapasiti 150cc.

Di pasaran Malaysia ketika ini, Demak menawarkan model Demak Evo Z 125R yang dikuasakan enjin berkapasiti 125cc. Jika benar Demak sedang merancang untuk mengeluarkan sebuah moped terbaharu menggunakan enjin 150cc, bermakna apabila dilancarkan nanti, model tersebut akan menyertai model-model 150cc yang lain di pasaran tempatan ketika ini seperti Suzuki Belang R150, Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.

demak-tiga-roda

Sememangnya, Demak Evo Z 125R mempunyai reka bentuk yang boleh dikatakan menarik dan sporty untuk bersaing dengan model-model lain di pasaran ketika ini, namun enjinnya perlu dipertingkatkan lagi kepada 150cc. Namun begitu, mungkin juga Demak Evo Z 150R hanya untuk pasaran di luar negara sahaja, memandangkan Demak kini dikatakan sedang merancang untuk menembusi pasaran Eropah tidak lama lagi.

Sementara itu, sebuah model terbaharu keluaran Demak dengan penampilan unik tiga roda, bakal diperkenalkan di program STANEX 2016, anda boleh merujuk kepada imej ‘teaser’ yang ditunjukkan di atas untuk maklumat selanjutnya. Nampaknya Demak kini kian bergerak aktif dalam memperkenalkan model-model terbaharu keluarannya di pasaran tempatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here