Naza Blade 250 terima kemaskini warna terbaharu

0
1493

2016-naza-blade-250-new-colour-003

Menurut laman Facebook Naza Bikes Sales & Distribution Sdn. Bhd., Naza Blade 250 kini hadir dengan kemaskini warna terbaharu dan telah pun berada di pasaran tempatan. Selain itu, Naza Blade 650 juga dikhabarkan turut menerima kemaskini warna terbaharu bagi menjadikan penampilan terkininya lebih menarik dan segar.

Menurut sumber dari Mudah.my, Naza Blade 250 boleh dimiliki pada harga sekitar RM13,800, manakala Naza Blade 650 dijual pada harga sekitar RM18,300. Harga jualan sebenar di atas jalan (OTR) termasuk GST tidak dapat dipastikan, namun ianya adalah lebih mampu milik jika dibandingkan dengan model-model lain sekelas dengannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here