Warna baharu untuk Yamaha XT1200Z Super Ténéré dan Yamaha XT1200ZE Super Ténéré model tahun 2017

0
225

2017-yamaha-xt1200z-super-tenere-007

Model kembara Yamaha XT1200Z Super Ténéré dan Yamaha XT1200ZE Super Ténéré dikuasakan enjin berkapasiti 1,199cc (Forward-inclined parallel 2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves) yang menghasilkan kuasa maksimum 112PS @ 7,250rpm dan tork maksimum 117.0 Nm @ 6,000rpm. Enjin tersebut dipadankan kotak gear 6-kelajuan.

Pada penghujung September 2016 yang lepas, Yamaha Motor Europe telah mengumumkan kehadiran dua pilihan warna baharu untuk kedua-dua model berkenaan bagi musim jualan tahun 2017. Kedua-dua warna tersebut ialah ‘Yamaha Blue’ dan ‘Tech Black’, anda boleh saksikannya melalui gambar-gambar yang disediakan dalam galeri di bawah.