Dua model terbaharu Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150 buat kemunculan pertama di IMOS 2016

0
157

2017-suzuki-gsx-r150-gsxs150

Bertempat di Pusat Konvensyen Jakarta dalam acara permotoran ‘Indonesia Motorcycle Show 2016’ (IMOS 2016) yang bermula dari 2 sehingga 6 November 2016, Suzuki Motor Indonesia hari ini secara rasminya memperkenalkan (world premier) dua model terbaharu keluarannya untuk tahun 2017 iaitu Suzuki GSX-R150 dan Suzuki GSX-S150.

Kedua-dua model berkenaan tampil dalam gaya ‘full fairing’ dan ‘naked’ dengan reka bentuk yang cukup sporty bagi memenuhi kehendak pelanggan yang berbeza, juga untuk bersaing dengan model-model keluaran Yamaha (R15, V-Ixion Advance & Xabre) dan Honda (CBR150R & CB150R) di pasaran Indonesia di dalam segmen yang sama.

Suzuki GSX-R150 2017 dan GSX-S150 2017 masing-masing dikuasakan enjin 150cc yang dipadankan transmisi 6-kelajuan. Setakat ini kuasa yang dihasilkan oleh enjin masih belum didedahkan. Antara ciri-ciri menarik yang diperkenalkan termasuklah ‘Easy Start System’, ‘Key-Less Ignition’ (untuk GSX-R150 sahaja), ‘LED Speedometer’ dan ‘LED Headlight’.

Suzuki GSX-R150 2017 akan ditawarkan dalam lima pilihan warna seperti ‘Metallic Triton Blue’, ‘Titan Black’, ‘Stronger Red – Titan Black’, ‘Matt Black’ dan ‘Brilliant White’. Manakala untuk Suzuki GSX-S150 2017, ianya boleh didapati dalam empat pilihan warna seperti ‘Metallic Triton Blue’, ‘Ice Silver’, ‘Stronger Red – Titan Black’ dan ‘Matt Black’.

Berkenaan harga, masih belum ada sebarang maklumat, namun kedua-dua model akan berada di pasaran Indonesia mulai awal tahun depan. Untuk pasaran Malaysia, agak sukar untuk membuat sebarang jangkaan memandangkan pihak Suzuki dikhabarkan mahu memberikan tumpuan yang lebih kepada pasaran motosikal besar berkuasa tinggi.

Spesifikasi:

Dimension, Weight (Suzuki GSX-R150 & Suzuki GSX-S150)
Over all length (mm)1,9751,975
Over all width (mm)670674
Over all height (mm)1,0701,070
Wheelbase (mm)1,3001,300
Seat height (mm)785785
Ground clearance (mm)150150
Riding capacity (people)22
Dry weight (kg)126127
Engine (Suzuki GSX-R150 & Suzuki GSX-S150)
Engine typeWater-cooled, 4-strokeWater-cooled, 4-stroke
Valve systemDOHC 4-valveDOHC 4-valve
Number of cylinder1-cylinder1-cylinder
Engine displacement (cm3)147.3147.3
Fuel systemFIFI
Transmission6-speed, return6-speed, return
Starter systemElectricElectric