Kawasaki Ninja 650 model tahun 2017 tampil lebih menarik

0
203

2017-kawasaki-ninja-650-001

Salah sebuah model yang boleh dikatakan cukup menarik diperkenalkan oleh Kawasaki di INTERMOT 2016 yang lepas ialah Kawasaki Ninja 650 model tahun 2017. Berbanding model sebelumnya (Ninja 650 2016 @ ER-6f 2016), inspirasi reka bentuk Ninja 650 2016 kini boleh dikatakan lebih terarah kepada model supersport Ninja ZX-10R.

Antara kelebihan Ninja 650 2017 ini berbanding model terdahulu ialah ianya mempunyai berat yang lebih ringan sehingga 16 kilogram. Enjin bersesaran 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC 8-valve) yang melengkapinya kini juga mematuhi piawaian ketat emisi Euro4 serta lebih cekap penggunaan bahan api sekitar 6.8 peratus.

Untuk pasaran Eropah, Kawasaki Ninja 650 2017 boleh didapati dalam pilihan warna-warna seperti ‘Metallic Spark Black’, ‘Candy Burnt Orange’ dan juga ‘Lime Green / Ebony’ (KRT Edition). Untuk pasaran Malaysia, penulis percaya ramai peminat Kawasaki yang sedang menunggu kehadirannya, namun tarikh pelancaran rasmi setakat ini belum diketahui.

Spesifikasi Kawasaki Ninja 650 2017:

  • Engine type: Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin
  • Valve system: DOHC, 8 valves
  • Displacement: 649cc
  • Maximum torque: 65.7Nm
  • Maximum power: 68PS @ 8,000rpm
  • Transmission: 6-speed
  • Brakes, front: Dual semi-floating 300 mm petal discs. Caliper: Dual piston
  • Brakes, rear: Single 220 mm petal disc. Caliper: Single-piston
  • Suspension, front: 41 mm telescopic fork
  • Suspension, rear: Horizontal Back-link with adjustable preload
  • Frame type: Trellis, high-tensile steel
  • Tyre, front: 120/70ZR17M/C (58W)
  • Tyre, rear: 160/60ZR17M/C (69W)
  • L x W x H: 2,055 x 740 x 1,135 mm
  • Wheelbase: 1,410 mm
  • Ground clearance: 130 mm
  • Fuel capacity: 15 litres
  • Seat height: 790 mm
  • Curb mass: 193 kg