BMW memperkenalkan dua model baharu di INTERMOT 2016 – BMW R nineT Racer dan R nineT Pure

0
68

2017-bmw-r-ninet-racer-001

Bertempat di INTERMOT 2016 (Cologne, Jerman) pada tarikh 04hb. Oktober 2016 yang lalu, BMW Motorrad secara rasminya telah memperkenalkan dua model baharu keluarannya dalam segmen klasik retro; BMW R nineT Racer dan BMW R nineT Pure. 

Kedua-dua model menampilkan enjin boxer (air/oil-cooled boxer engine) dengan kapasiti 1,170cc dan menghasilkan keluaran kuasa 110hp, yang kemudiannya digandingkan dengan sistem transmisi 6-kelajuan. Kedua-duanya direka untuk mematuhi piawaian EU4.

2017-bmw-r-ninet-pure-004

Harga yang ditawarkan untuk BMW R nineT Racer dan BMW R nineT Pure di pasaran Jerman ialah masing-masing sebanyak EUR 13,300.00 dan EUR 12,300.00 (incl. 19% VAT). Menurut BMW Motorrad, pelancaran rasmi kedua-dua model ialah pada Mac 2017.

Galeri: BMW R nineT Racer

Galeri: BMW R nineT Pure