Akan datang aksesori RCB untuk Honda RS150R mulai November 2016

0
314

honda-rs150r-rcb

RCB baru-baru ini melalui laman Facebook rasmi mereka telah mengumumkan aksesori yang direka khas untuk Honda RS150R, akan berada di pasaran mulai bulan November depan. Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada aksesori-aksesori yang akan diperkenalkan itu akan turut melibatkan peningkatan prestasi di bahagian enjin.

Pada pertengahan Jun 2016 yang lalu sewaktu majlis pelancaran Honda RS150R, RCB dengan kerjasama Boon Siew Honda telah mempamerkan sebuah unit RS150R edisi istimewa dengan aksesori RCB. Berdasarkan model eksklusif itu, mungkin kita semua sudah boleh meneka aksesori apakah yang akan diperkenalkan oleh RCB nanti.