Next Bike Sdn. Bhd. lancar lima model terbaharu Ducati untuk pasaran Malaysia

0
356

ducati-malaysia-2016-003

Pada 21 Oktober 2016 yang lalu, Next Bike Sdn. Bhd. yang merupakan pengedar tunggal motosikal berjenama Ducati di pasaran Malaysia, secara rasminya melancarkan lima model terbaharu Ducati keluaran tahun 2016 untuk pasaran tempatan. 

Model-model tersebut ialah Ducati 959 Panigale, Ducati Hypermotard 939, Ducati Monster 1200 R, Ducati Multistrada 1200 Enduro dan Ducati XDiavel. Berikut ialah senarai harga untuk kelima-lima model tersebut (harga OTR tanpa insuran, termasuk GST):

  • Ducati 959 Panigale : RM99,999.00
  • Ducati Hypermotard 939 : RM70,999.00
  • Ducati Monster 1200 R : RM139,999.00
  • Ducati Multistrada 1200 Enduro : RM129,999.00
  • Ducati XDiavel : RM135,999.00

Untuk maklumat selanjutnya mengenai spesifikasi bagi setiap model, anda boleh melihatnya dalam paparan fail PDF di bawah, sila klik untuk melihatnya dalam saiz lebih besar.

Paparan di bawah berikut pula ialah galeri gambar-gambar menarik sewaktu majlis pelancaran, termasuk gambar-gambar bagi setiap model yang dilancarkan, saksikan.