Mazda siarkan ‘teaser’ pertama SUV CX-5 serba baharu, bakal diperkenalkan di Los Angeles Auto Show 2016

0
29

all-new-mazda-cx-5-to-debut-at-los-angeles-auto-show

SUV Mazda CX-5 sebelum ini telah membawa kejayaan yang cukup bermakna buat syarikat pengeluarnya. Oleh itu bagi meneruskan kesinambungan model tersebut, Mazda pada dua hari yang lepas telah mengumumkan bahawa CX-5 serba baharu akan diperkenalkan secara rasmi di Los Angeles Auto Show 2016 (18 – 27 November 2016). 

Setakat ini, hanya sekeping gambar ‘teaser’ model berkenaan telah didedahkan kepada umum. Pada masa yang sama, Mazda mengatakan bahawa CX-5 serba baharu telah diperhalusi semula rekaan luarannya yang berteraskan konsep ‘Kodo – Soul of Motion’, ke suatu tahap baharu yang lebih tinggi, lebih menarik dan sofistikated.