Kawasaki Z1000SX 2017 terima peningkatan

0
65

2017-kawasaki-z1000sx-001

Diperkenalkan di INTERMOT 2016, Kawasaki Z1000SX 2017 telah menerima beberapa peningkatan terkini berbanding model sebelumnya, termasuk dilengkapi teknologi terbaharu IMU (Inertial Measurement Unit) yang canggih dan enjin piawaian Euro4. 

Untuk jualan musim depan, Kawasaki Z1000SX 2017 didatangkan dalam tiga pilihan warna yang menarik iaitu ‘Candy Lime Green / Metallic Carbon Gray’, ‘Metallic Spark Black / Metallic Graphite Gray’ dan ‘Candy Burnt Orange / Metallic Carbon Gray’.

Enjin yang melengkapi model ‘Sport Tourer’ ini bersesaran 1,043cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) dengan padanan transmisi 6-kelajuan, menghamburkan kuasa maksimum sehingga 142PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 111Nm.