Chevrolet Colorado 2016 versi ‘facelift’ terbaharu dilancarkan untuk pasaran Malaysia

0
138

the-new-2016-chevrolet-colorado-001

Pada 20 Oktober 2016 yang lalu, Naza Quest Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan berjenama Chevrolet di pasaran Malaysia, secara rasminya telah melancarkan trak pikap Colorado generasi kedua versi ‘facelift’ terbaharu untuk pasaran tempatan.

Chevrolet Colorado 2016 hadir dengan rekaan luaran dan dalaman yang diperhalusi dan dikemaskini semula, menjadikannya kini mempunyai lebih daya penarik. Keselesaan Colorado juga telah dipertingkatkan ke tahap yang baru, termasuk peningkatan dari segi ciri-ciri keselamatan, pemanduan dan pengendalian kenderaan (ride and handling), serta tahap kebisingan dan vibration yang lebih rendah (lower noise and vibration levels).

Menurut Naza Quest, ianya juga merupakan trak pikap pertama di pasaran Malaysia yang menampilkan fungsi ‘Apple CarPlay®’ dan ‘Remote Engine Start’. Chevrolet Colorado 2016 terbaharu didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu 2.8L dan 2.5L, masing-masing dengan kuasa maksimum 193hp (500Nm) dan 180hp (440Nm). Varian paling rendah 2.5L LT manual dipadankan transmisi manual 6-kelajuan, manakala setiap varian yang lain dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.

Berikut ialah sebahagian petikan daripada siaran akhbar yang diterbitkan oleh Naza Quest:

The All-New Colorado comes in 2.8L and 2.5L variants. The upgraded 2.8L Duramax four-cylinder turbo-diesel engine (VGT) has been tuned to offer better performance, improved fuel economy and lower emissions. It produces 147 kW (193hp) of power and 500 Nm of torque.

The upgraded 2.5L Duramax four-cylinder turbo-diesel now also benefits from a variable geometry turbocharger (VGT) producing 132 kW (180hp) of power and 440 Nm of torque. The engine is Euro-4 compliant. The high value 2.5L Duramax four-cylinder turbo-diesel engine (FGT) is still available on lower specification models matched with a manual transmission.

Safety remains Chevrolet’s main priority and Colorado reflects this philosophy with a host of active and passive safety features (depending on variants) including Traction Control System (TCS), Panic Brake Assist (PBA), Electronic Brake Force Distribution (EBD), Electronic Stability Control (ESC), Hill Descent Control (HDC) and Hill Start Assist (HSA). All these are in addition to the two front airbags, along with a knee airbag for the driver.

Untuk pasaran tempatan, Chevrolet Colorado 2016 terbaharu ditawarkan pada harga bermula serendah dari RM99,911. Senarai harga untuk setiap varian adalah seperti di bawah (harga di atas jalan (OTR), termasuk GST dan kos insuran). Tempoh jaminan standard yang diberikan untuk Colorado kini ialah lima tahun atau 200,000km jarak perbatuan.

  • 2016 Chevrolet Colorado 2.5L LT manual – RM99,911
  • 2016 Chevrolet Colorado 2.5L LT auto – RM107,948
  • 2016 Chevrolet Colorado 2.5L LTZ auto – RM115,031
  • 2016 Chevrolet Colorado 2.8L LTZ auto – RM123,916
  • 2016 Chevrolet Colorado 2.8L High Country auto – RM132,874