Malaysia Autoshow 2016 akan berlangsung dari 10-13 November 2016

0
95

malaysia-autoshow-2016

Khusus untuk peminat dunia permotoran tempatan, Malaysia Automotive Institute (MAI) akan menganjurkan acara Malaysia Autoshow 2016 yang akan berlangsung di ‘The MINES International Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur’, bermula dari 10 sehingga 13 November 2016 (Khamis – Ahad).

Malaysia Autoshow 2016 merupakan kesinambungan daripada acara ASEAN Autoshow 2015 yang diadakan pada tahun lepas, bersempena dengan Malaysia sebagai tuan rumah untuk persidangan ASEAN Economic Community (AEC). Tahun ini, acara tersebut dikenali dengan nama baru Malaysia Autoshow 2016 sebagai platform untuk menjadikan Malaysia sebagai hab ‘Energy Efficient Vehicle’ (EEV) serantau, dan juga sebagai peneraju untuk sistem mobiliti yang mampan di Malaysia.

Antara objektif utama acara Malaysia Autoshow 2016 kali ini ialah untuk memperkenalkan kenderaan cekap tenaga (EEV) terkini dan pelbagai teknologi mobiliti yang mampan. Menurut MAI, para pengunjung Malaysia Autoshow 2016 bakal menyaksikan pelancaran kenderaan eletrik pertama pemasangan tempatan, pameran lebih 70 buah kereta baharu dan 30 jenama kereta, serta akan berpeluang untuk memandu uji pelbagai jenis model kereta baharu.

Untuk maklumat selanjutnya, berikut ialah maklumat lebih lengkap mengenai acara Malaysia Autoshow 2016 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang ini untuk sama-sama kita memeriahkan acara tersebut.

  • The unveiling  of Malaysia’s first electric passenger vehicle, which is a joint venture between Beijing Auto International Cooperation (BAIC) and Amber Dual Sdn Bhd, will be one of the highlights of Malaysia’s largest annual autoshow being organised  by the Malaysia Automotive Institute (MAI).
  • New car launches. More details nearer the date of autoshow.
  • Exclusive deals and discounts only at the autoshow to entice visitors who are making plans to purchase a car of their choice.
  • More than 100 exhibitors from renowned vehicle brands, aftermarket and accessory products will lay out their extensive product range during the event.
  • Over at the MAI booth, show patrons will be treated to a Car Care Week promo with free inspection, a Safe Car info booth as well as Career and Vendor booths.
  • Test drives of the latest multi-brand cars in the outdoor arena of the Mines International and Convention Centre
  • Over 10 food trucks offering a variety of local and western cuisine
  • Lifestyle booths on health and beauty products
  • A property exhibition at the mezzanine floor.
  • Entrance fee to the autoshow is RM10.00 (adult).
  • Students from schools and institutions of higher learning in uniforms or with student cards will be given free entrance on 10 and  11 November.
  • For more details on the autoshow, contact Joe Raj 012 3004343 or Alex Lye 012 3333108