Audi RS 3 Saloon 2017 hadir dengan kuasa 400PS dan 480Nm

0
60

2017-audi-rs-3-saloon-001

Audi RS 3 Saloon 2017 diperkenalkan di Paris Motor Show 2016, tampil dengan reka bentuk saloon bersama-sama sistem penjana kuasa berprestasi tinggi. Menurut Audi, enjin 2.5 TFSI yang menjana tenaga untuk model berkenaan menghamburkan kuasa sehingga 400PS dengan tork maksimum 480Nm.

Ini membolehkan model terbaharu Audi RS 3 Saloon ini memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh hanya 4.1 saat, seterusnya mencapai kelajuan puncak 250 km/j. Bergantung kepada permintaan, had kelajuan eletronik tersebut boleh ditingkatkan lagi untuk mencapai kelajuan maksimum kepada 280 km/j.