Adakah Honda MSX125 akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia?

0
111
16YM MSX125

16YM MSX125

Berdasarkan laporan terdahulu, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. (BSH) dikatakan akan melancarkan sebuah lagi model terbaharu pada hujung tahun ini. Ianya bukanlah Honda CBR250RR 2017 serba baharu, tetapi sebuah model kecil Honda MSX125 yang diperkenalkan di pasaran Eropah pada awal tahun ini.

Setakat ini, negara jiran Thailand dan Singapura antara pasaran terdekat yang telah menerima kemasukan Honda MSX125 versi terkini 2016. Jika benar ianya dilancarkan di pasaran Malaysia kelak, MSX125 akan bersaing dengan model Kawasaki Z125 Pro yang dilancarkan pada Mei 2016 yang lepas.

Setakat ini pihak BSH masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelancaran MSX125, termasuk tarikh sebenar pelancarannya. Apa yang menjadi tanda tanya ketika ini ialah berapakah harga jualannya nanti? Adakah sama seperti harga yang ditawarkan untuk Kawasaki Z 125 Pro pada paras RM10k?