Suzuki Vitara didakwa bakal menjadi SUV pertama keluaran Proton tahun depan

0
154

suzuki-vitara

Dalam tahun 2016 ini, Proton telah melancarkan tiga buah model sedan keluarannya iaitu Perdana, Persona dan Saga. Akhir tahun ini pula, sebuah model MPV terbaharu akan dilancarkan, yang mana buat masa ini ianya dikenali dengan nama Proton Ertiga. Berdasarkan laporan, Proton Ertiga diasaskan daripada MPV Suzuki Ertiga, terhasil daripada kerjasama yang dijalinkan dengan syarikat Suzuki dari Jepun.

Terkini, laporan yang boleh dikatakan sahih kerana ianya datang dari pihak pengurusan tertinggi Proton sendiri, bahawa syarikat berkenaan bakal melancarkan SUV pertamanya pada tahun depan. Oleh kerana rakan kongsi Proton ketika ini ialah Suzuki, maka dijangkakan model SUV pertama Proton itu akan dibangunkan daripada model Suzuki Vitara serba baharu yang kini tampil lebih bergaya dan sporty berbanding generasi terdahulu.

Sama ada laporan awal ini adalah benar atau pun tidak, kita perlu menunggu sehingga tahun depan untuk melihat sendiri kemunculan unit-unit ujian Proton Vitara apabila ianya dipandu uji di jalan raya kelak. Apa yang boleh dikatakan, kerjasama yang dijalinkan oleh Proton dengan Suzuki ketika ini akan memberikan manfaat kepada kedua-dua syarikat untuk kembali bersaing di pasaran tempatan. Semoga Proton Vitara akan menjadi kenyataan.