Jentera rali Proton IRIZ R5 mula menampakkan dirinya

0
306

mellors-elliot-motorsport-mem-proton-iriz-r5

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa Mellors Elliot Motorsport (MEM) sedang membangunkan sebuah jentera rali terbaharu menggunakan model Proton IRIZ. Pada masa yang sama, sekeping ‘teaser’ turut didedahkan, menjadikan kita semua tertanya-tanya adakah benar model kompak Proton IRIZ akan dijadikan sebuah jentera rali yang ganas?

Nampaknya memang benar. Beberapa hari yang lepas, sekeping gambar yang menunjukkan jentera rali Proton IRIZ R5 telah didedahkan, memperlihatkan reka bentuknya yang kini berubah hampir sepenuhnya. Dengan enjin pengecas turbo 1.6 liter, Proton IRIZ R5 ini pasti mempunyai prestasi yang akan mengimbau kembali kenangan bersama Proton Satria Neo S2000.

Untuk melihat kemampuan sebenar jentera rali terbaharu Proton IRIZ R5 ini, kita tunggu kemunculannya dalam saingan World Rally Championship-2 untuk musim depan. Mampukah ianya menjadi sang juara?