Home Suzuki Suzuki memperkenalkan model konsep V-Strom 250 di CIMAMotor 2016

Suzuki memperkenalkan model konsep V-Strom 250 di CIMAMotor 2016

0
146

2016-suzuki-dl250-abs-concept-model-001

Bertempat di CIMAMotor 2016 (The 14th China International Motorcycle Trade Exhibition) yang berlangsung di Chongqing International Expo Center, China, bermula dari 20 sehingga 23 Oktober 2016, Suzuki telah mempamerkan sebuah model konsep penjelajah terbaharu yang dikenali dengan nama Suzuki V-Strom 250. Model ini masih merupakan sebuah model konsep dan dikenali dengan kod nama ‘Suzuki DL250 (ABS) Concept Model’. 

Sebelum ini memang terdengar ura-ura bahawa Suzuki akan menawarkan versi V-Strom 650 dengan enjin lebih kecil, bagi mencapai pasaran yang lebih luas pada harga lebih mampu milik (anda boleh merujuk artikel terdahulu di sini). Dengan pengenalan model tersebut, tentu ramai peminat motosikal dalam segmen ‘Sport Adventure Tourer’ berasa gembira kerana akan berpeluang untuk memilikinya selepas ini, namun tarikh ianya akan berada di pasaran secara rasmi belum diumumkan.

Model konsep Suzuki V-Strom 250 dikuasakan enjin bersesaran 248cc dengan kuasa maksimum 18.4kW (25PS) @ 8,000rpm, dengan kuasa tork yang dihasilkan mencapai 23.4Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan sistem transmisi 6-kelajuan, dengan kapasiti tangki bahan api seluas 17 liter. Apa pendapat anda mengenai kemunculan model V-Strom 250 ini? Pendapat penulis, ini merupakan salah satu peluang terbaik untuk memiliki sebuah jentera penjelajah dalam segmen 250cc.

Sumber: Info.xcar.com.cn