Suzuki GSX-250R 2017 akan berada di pasaran China mulai November 2016

0
97

2017-suzuki-gsx-250r-003

Diperkenalkan beberapa hari yang lepas, Suzuki GSX-250R 2017 dikatakan bakal memulakan jualannya secara rasmi di pasaran negara China mulai bulan November 2016. Setakat ini, kehadirannya di pasaran global yang lain belum diumumkan, namun dijangkakan ianya akan ditawarkan mulai tahun depan. 

Suzuki GSX-250R 2017 dikuasakan enjin bersesaran 248cc dengan transmisi 6-kelajuan, yang mana enjin tersebut diambil daripada enjin Suzuki Inazuma. Kuasa yang dihasilkan oleh enjin tersebut ialah setinggi 18.4kW @ 8,000rpm (24.67hp) dengan tork maksimum mencapai angka 23.4Nm @ 6,500rpm.

Berdasarkan maklumat yang tertera di dalam laman sesawang Haojue.com, Suzuki GSX-250R 2017 untuk pasaran China tersedia dalam pilihan enam skim warna yang menarik. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Suzuki GSX-250R 2017 untuk pasaran negara China dalam galeri di bawah.