Kymco K Rider 400 muncul di CIMAMotor 2016, dikatakan berasal dari model Kawasaki ER-4n

0
122

kymco-k-rider-400

Pelbagai model motosikal yang menarik telah dipamerkan di CIMAMotor 2016, dan salah sebuah daripadanya ialah Kymco K Rider 400. Model terbaharu ini mendapat perhatian ramai kerana ianya sebelum ini muncul dalam imej paten, dan didakwa dibangunkan daripada model Kawasaki ER-4n sebagai asasnya. Nampaknya perhubungan di antara Kymco dan Kawasaki kian bertambah erat.

kymco-k-rider-400-spec

Kymco K Rider 400 merupakan sebuah model ‘naked’ dengan enjin 399cc, menghasilkan kuasa maksimum sehingga 32kW (43.5PS) @ 9,500rpm dengan tork puncak 37Nm @ 7,500rpm. Tampil dengan reka bentuk yang lebih bergaya dan sporty berbanding Kawasaki ER-4n, adakah model ini akan menjadi pilihan anda jika berpeluang suatu hari nanti?