Honda CBF190X versi ‘jelajah’ diperkenalkan di CIMAMotor 2016

0
123

honda-cbf190x-003

Jika anda masih ingat, pasaran negara jiran terdekat iaitu Singapura telah pun menerima kehadiran model ‘naked’ Honda CB190R. Model tersebut pada mulanya diperkenalkan di pasaran China, kemudiannya muncul di pasaran Vietnam dan seterusnya turut ditawarkan di pasaran Amerika Tengah dan Amerika Selatan

Kini bagi menambahkan lagi pilihan memandangkan pasaran untuk motosikal kembara @ penjelajahan semakin berkembang pesat, Honda secara rasminya memperkenalkan Honda CBF190X di CIMAMotor 2016. Sekali pandang, Honda CBF190X adalah versi pengembaraan untuk CB190R yang sebelum ini lebih sesuai untuk tunggangan di dalam bandar.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai model ini, namun spesifikasi teknikal enjinnya dipercayai mirip model yang menjadi asasnya CB190R. Dijangkakan, Honda CBF190X terbaharu ini akan mula berada di pasaran mulai tahun depan. Sebenarnya, sangat menarik untuk melihat sebuah lagi model ‘touring’ berenjin kecil akan ditawarkan oleh Honda.

Sumber: Newmotor.com.cn

p/s: Terima kasih kepada Zeth Yazid yang sudi berkongsi info ini dengan penulis.