Proton Saga dan Persona diterima dengan baik, tempahan semakin meningkat

0
201

proton-saga-2016

Berdasarkan laporan daripada laman blog Paultan.org yang disiarkan pada dua hari lepas, Proton Saga dan Persona yang baru saja dilancarkan untuk pasaran tempatan, kini telah menerima tempahan yang sangat memberangsangkan. Menurut Proton, Saga telah mencatatkan tempahan sehingga 6,000 unit, dengan 1,000 unit daripadanya telah didaftarkan. Suatu pencapaian yang agak luar biasa memandangkan model sedan tersebut baru saja dilancarkan kurang dari tiga minggu yang lepas.

Bagi model Persona yang dilancarkan pada 23hb. Ogos 2016 yang lepas, keseluruhannya kini telah menerima tempahan mencecah 15,000 unit, dengan sejumlah 4,500 unit telah pun berada di tangan pemilik masing-masing. Proton sebelum ini meletakkan sasaran jualan bagi model Saga sebanyak 5,000 unit sebulan, manakala sasaran jualan untuk Persona ialah sebanyak 3,000 ke 4,000 unit sebulan. Setakat ini, Proton berada di landasan yang betul untuk mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan.

proton-persona-2016

Melihat kepada jumlah tempahan yang diterima untuk Saga dan Persona setakat ini, ternyata percaturan yang dilakukan oleh Proton kali ini adalah tepat. Peningkatan yang dilakukan terhadap Saga dan Persona yang kini tampil dengan reka bentuk lebih segar dengan teknologi dan ciri-ciri yang lebih baik, di samping harga jualan mampu milik, telah menjadikan kedua-dua model lebih bernilai untuk wang (value for money). Apa yang boleh dikatakan, tahniah dan syabas kepada Proton di atas kejayaan ini.