Perodua Bezza laris, sebanyak 20,000 unit telah didaftarkan sejak pelancaran

0
174

perodua-bezza

Model sedan pertama keluaran Perodua, Bezza dilancarkan secara rasmi pada tarikh 21hb. Julai 2016 yang lalu. Setakat ini menurut Perodua, sebanyak 20,000 unit model berkenaan telah didaftarkan. Ianya merupakan jumlah penyerahan tertinggi bagi syarikat tersebut yang dilakukan dalam tempoh 90 hari. 

Bagi jumlah jualan semasa, Perodua mencatatkan sebanyak 150,900 unit dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, dengan penguasaan pasaran kira-kira 36.1 peratus jumlah jualan kenderaan (TIV). Angka tersebut bagaimanapun lebih rendah berbanding 157,500 unit bagi tempoh sama, tahun lepas.

Sumber: Bernama Auto