INTERMOT 2016 – Honda memperkenalkan CB1100 EX dan CB1100 RS model tahun 2017

0
280

2017-honda-cb1100-ex-001

Di pameran motosikal antarabangsa INTERMOT 2016 yang berlangsung di Cologne, Jerman baru-baru ini, Honda memperkenalkan CB1100 EX dan CB1100 RS bagi model tahun 2017. Kedua-dua model telah menerima beberapa naik taraf terkini, dengan penampilan CB1100 RS adalah lebih bergaya dan sporty.

Honda CB1100 EX dan CB1100 RS 2017 dikuasakan enjin berkapasiti 1140cc (Inline four-cylinder, air and oil-cooled, DOHC) dengan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan sehingga 66kW @ 7,500rpm dengan tork maksimum 91Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut telah mematuhi piawaian Euro 4 yang ketat.

Untuk peminat motosikal bergaya klasik dan retro, Honda CB1100 merupakan salah satu pilihan yang ideal yang ditawarkan di pasaran ketika ini. Rekaannya bukan sahaja kekal lama dan tidak ditelan zaman, malah ianya juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden dengan prestasi yang memuaskan.