Kereta eletrik Volkswagen I.D. bakal berada di jalan raya mulai 2020

0
217

volkswagen-i-d-concept-002

Salah sebuah model yang boleh dikatakan cukup menarik diperkenalkan oleh Volkswagen di Paris Motor Show 2016 ialah model konsep Volkswagen I.D.. Ianya merupakan sebuah model yang dijana tenaga eletrik sepenuhnya, dengan kemampuan melakukan perjalanan di antara 400 ke 600 kilometer.

Model konsep Volkswagen I.D. memberikan petunjuk jelas bahawa kereta eletrik akan menjadi ‘mainstream’ dalam tempoh beberapa tahun lagi, memandangkan ianya akan mula berada di pasaran mulai tahun 2020. Pada 2025, Volkswagen menyasarkan model ini akan beroperasi secara automatik sepenuhnya.