Audi Q5 2017 serba baharu diperkenalkan di Paris Motor Show 2016

0
72

2017-audi-q5-001

Audi baru-baru ini telah memperkenalkan Q5 serba baharu di Paris Motor Show 2016. Model SUV tersebut dikatakan telah menetapkan standard baharu dalam sistem penyambungan, keselesaan pemanduan, pengendalian yang dinamik, tahap kecekapan dan ciri-ciri bantuan untuk pemandu.

Untuk pasaran UK, Audi Q5 2017 serba baharu akan dilancarkan dengan enjin 2.0 TDI yang berkuasa, menghasilkan sehingga 190PS. Dua lagi enjin iaitu 2.0 TFSI dengan kuasa 252PS dan 3.0 TDI dengan kuasa 286PS dan 620Nm, akan turut ditawarkan. Q5 2017 akan berada di pasaran mulai awal tahun depan.