Yamaha YZF-R6 2017 diperkenalkan secara rasmi

0
208

2017-yamaha-yzf-r6-001

Pada 13 Oktober 2016, Yamaha secara rasminya memperkenalkan model terbaharu keluarannya yang dinanti-nantikan – Yamaha YZF-R6 2017. Sekali pandang, ianya hadir dengan gaya rekaan yang cukup sporty dan agresif, mirip model ‘flagship’ Yamaha YZF-R1 2017 yang turut diperkenalkan baru-baru ini.

Yamaha YZF-R6 2017 dikuasakan enjin 599cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, forward-inclined parallel 4-cylinder, 4-valves) dengan kotak gear 6-kelajuan, namun kuasa sebenar yang dihasilkan enjin tersebut masih belum didedahkan. Dua pilihan warna tersedia untuk YZF-R6 2017 iaitu ‘Race Blu’ dan ‘Tech Black’.

Setakat ini menurut Yamaha Motor Europe, YZF-R6 2017 akan berada di pasaran Eropah mulai bulan April 2017 akan datang. Untuk anda, berikut ialah gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah, saksikan.