Proton Ertiga MPV versi pengeluaran mula kelihatan

0
279

proton-ertiga-mpv-2016-001

Proton dikhabarkan bakal melancarkan sebuah model MPV terbaharu hasil kerjasama yang dijalankan dengan syarikat Suzuki dari Jepun. Model berkenaan yang diasaskan daripada model MPV Suzuki Ertiga, dikatakan akan dilancarkan dalam bulan Oktober ini, namun tarikh pelancaran sebenar belum diumumkan.

proton-ertiga-mpv-2016-002

Proton Ertiga MPV, nama panggilan tidak rasmi setakat ini, dijangka akan memberikan saingan kepada MPV Perodua Alza, memandangkan saiz kedua-duanya yang hampir sama. Setakat ini, dua keping gambar Proton Ertiga MPV versi pengeluaran telah muncul di dalam laman sosial seperti paparan di atas.

Sumber: Proton Persona VVT 2016 FB