Galeri: Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition 2016

0
3989

2016-yamaha-y15zr-movistar-motogp-edition-001

Motosikal moped edisi terhad lagi istimewa Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition 2016, kini mula dijual di pasaran tempatan. Jumlah tepat yang dikeluarkan tidak dapat dipastikan, mungkin 500 unit, 1000 unit, atau mungkin lebih jika mendapat permintaan yang lebih tinggi. Menurut wakil penjual, setiap kedai hanya menerima model tersebut dalam jumlah terhad.

Berkenaan harga jualannya, jangkaan ramai pihak sememangnya tepat bahawa harga Yamaha Y15ZR Movistar MotoGP Edition 2016 akan melambung tinggi. Bayangkan, harga jualan runcit yang disyorkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) ialah sebanyak RM8,634.76 sahaja (harga jualan asas termasuk GST), namun harga di pasaran sama sekali berlainan sehingga mencecah sekitar RM12,500.00 (harga OTR).

Walaupun harga yang ditawarkan oleh pekedai adalah tinggi berdasarkan tinjauan rambang yang dilakukan oleh penulis pada siang hari tadi, tidak dapat dinafikan bahawa Yamaha Y15ZR edisi Movistar ini sememangnya sebuah model yang eksklusif dan bernilai untuk setiap pemiliknya. Percayalah, model ini akan kehabisan stok dalam masa yang singkat.