Proton Saga 2016 akan dilancarkan pada 28 September 2016

0
289

2016-proton-saga-spyshot-002

Model terbaharu Proton Saga 2016 akan dilancarkan secara rasmi pada tarikh 28 September 2016 (Rabu) ini, berdasarkan jemputan yang diedarkan oleh pihak Proton kepada pihak media sebentar tadi. Penulis sendiri sudah menerima jemputan tersebut melalui email, namun seperti biasa penulis tidak dapat memenuhi jemputan tersebut kerana bekerja.

Walaupun hanya akan dilancarkan dalam tempoh beberapa hari lagi, kelibat sebenar reka bentuk Proton Saga 2016 sudah dapat dilihat melalui imej-imej ‘spyshot’ yang bocor di dalam laman sosial Facebook sebelum ini. Terbaru, lima keping imej-imej terkini Proton Saga 2016 telah disiarkan di dalam laman Facebook, anda boleh melihatnya dalam galeri di bawah.

Berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai, Proton Saga 2016 akan dijual pada harga bermula dari RM35k untuk varian permulaan, manakala harga untuk varian teratas tidak akan melebihi RM50k. Untuk makluman anda juga, Proton Saga 2016 telah diiktiraf menerima penarafan keselamatan 4-Bintang daripada ASEAN NCAP baru-baru ini.

Sumber gambar dari: Proton Saga [2016] Community (MALAYSIA) FB