Generasi terbaharu Hyundai i30 untuk pasaran Eropah

0
61

the-new-generation-hyundai-i30-001

Hyundai baru-baru ini telah memperkenalkan generasi terbaharu Hyundai i30, sebagai sebuah model utama keluaran jenama berkenaan untuk pasaran Eropah. Tampil dengan gaya rekaan yang sporty, praktikal dan elegan, proses pembangunan i30 terbaharu dilakukan sepenuhnya di rantau tersebut bagi memenuhi citarasa tinggi para pelanggan di sana.

Menurut Hyundai, i30 terbaharu akan dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif berbanding mana-mana model lain keluaran syarikat tersebut. i30 terbaharu juga dikatakan mempunyai kualiti dan daya tahan yang tinggi, dan ianya dibuktikan melalui tawaran tempoh jaminan jarak perbatuan tanpa had yang lebih lama sehingga 5 tahun.

Pengalaman pemanduan yang selesa dan dinamik tersedia melalui pilihan pelbagai sistem penjana kuasa yang cekap, termasuklah pilihan enjin petrol turbocas yang tangkas dan responsif iaitu enjin 1.4 T-GDI dengan kuasa 140PS dan tork maksimum 242Nm. Enjin terbaharu itu dikatakan membuat kemunculan pertama melalui i30 terbaharu.

Hyundai i30 terbaharu merupakan sebuah model hatchback lima pintu dengan lima tempat duduk, bakal berada di pasaran Eropah pada awal tahun depan. Pilihan satu enjin diesel dan tiga enjin petrol akan memacu roda depan melalui kehadiran sistem transmisi manual 6-kelajuan atau automatik 7-kelajuan. Berikut ialah galeri ringkas model berkenaan.