Kia dedah Rio serba baharu menjelang Paris Motor Show 2016

0
54

all-new-4th-generation-kia-rio-001

Kia Rio serba baharu yang kini telah tiba ke generasi yang keempat, bakal dipertontonkan secara rasmi kepada pihak media dan pengunjung di Paris Motor Show 2016 (1 – 16 Oktober 2016). Bagaimanapun pada 1 September 2016 yang lepas, beberapa keping gambar versi studio model hatchback kompak berkenaan telah pun didedahkan sendiri oleh Kia. 

Mempunyai rekaan luaran dan dalaman terbaharu yang lebih progresif, rekaan Kia Rio serba baharu diterajui oleh pusat rekaan Kia di Jerman dan California, USA, melalui kerjasama erat dengan pusat rekaan global Kia yang terletak di Namyang, Korea Selatan. Menurut Kia, rekaan terbaharu Rio kini tampil lebih tersendiri dengan penuh keyakinan.

Kia Rio serba baharu dikatakan bakal menawarkan pembeli teknologi-teknologi yang praktikal dengan ciri-ciri keselamatan yang menjadi peneraju di dalam kelasnya, termasuk ciri-ciri penyambungan terkini. Lebih menarik lagi, Rio serba baharu akan hadir dengan ciri-ciri dan sistem kawalan dan pengendalian kenderaan yang lebih mantap.

Rio merupakan model global terlaris keluaran Kia, dengan jualannya pada tahun 2015 di seluruh dunia melebihi angka 473,000 unit. Generasi terbaharu Rio akan masuk ke barisan pengeluaran pada akhir tahun ini untuk pasaran UK, manakala untuk pasaran-pasaran lain ianya akan diumumkan apabila hampir kepada tarikh pelancaran nanti.