Jentera rali Peugeot 3008 DKR serba baharu didedahkan

0
102

brand-new-peugeot-3008-dkr-001

Masih lagi segar dengan kejayaan di Rali Dakar (2016 Dakar Rally) dan Rali Laluan Sutera (2016 Silk Way Rally) dengan jentera Peugeot 2008 DKR, pasukan Peugeot Total dan Red Bull kini mempersembahkan jentera Peugeot 3008 DKR serba baharu. 

Jentera yang akan menjadi pencabar utama Rali Dakar 2017 itu dibangunkan sepenuhnya daripada model SUV terbaharu Peugeot, dan ianya akan didedahkan secara rasmi di pameran automotif antarabangsa Paris Motor Show 2016 pada bulan depan.

Peugeot 3008 DKR serba baharu akan dilengkapi enjin 3.0 liter V6 dengan sistem ‘twin-turbodiesel’ yang dikatakan lebih berkemampuan. Menarik untuk kita tunggu bagi melihat kemampuannya dalam perlumbaan Rali Dakar 2017 dalam bulan Januari depan.