Dua model terbaharu Suzuki GSX-S250F dan Suzuki GSX-R250 mungkin akan dilancarkan tahun depan

0
76

suzuki-gsx-s250f-suzuki-gsx-r250

Terdapat pelbagai versi laporan dan khabar angin mengenai pembangunan model terbaharu Suzuki dalam kelas enjin 250cc. Salah sebuah model yang sering diperkatakan dan diyakini bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi ialah Suzuki GSX-R250, yang baru-baru ini telah muncul melalui gambar-gambar paten yang telah didaftarkan secara rasmi.

Namun begitu berdasarkan laporan terkini dari majalah Young Machine, terdapat sebuah lagi varian model terbaharu Suzuki dalam kelas 250cc, yang mana setakat ini ianya diberi nama Suzuki GSX-S250F. Tidak dapat dipastikan sama ada laporan dari Young Machine itu adalah tepat atau pun tidak, mungkin mereka mendapatkannya dari sumber yang kukuh.

Melihat kepada lakaran yang dilakukan oleh Young Machine, Suzuki GSX-S250F lebih kepada model berperwatakan kembara atau ‘touring’, manakala Suzuki GSX-R250 bakal tampil dengan perwatakan yang lebih agresif bercirikan perlumbaan. Kedua-dua model berkemungkinan besar akan diperkenalkan untuk pasaran mulai tahun depan.