Lotus memperkenalkan Elise 250 Special Edition

0
42

lotus-elise-250-special-edition-001

Lotus baru-baru ini memperkenalkan Lotus Elise 250 Special Edition, dalam edisi terhad hanya 50 unit akan dikeluarkan. Model tersebut diasaskan daripada model Elise Cup 250 yang dilancarkan pada awal tahun ini, dengan berat keseluruhannya hanya 899 kg melalui penggunaan material termaju termasuklah ‘carbon fibre’ dan aluminium.

Dikuasakan oleh enjin supercas 1.8 liter 4-silinder dengan kotak gear manual 6-kelajuan, Elise 250 Special Edition menghamburkan sehingga 243hp (246 PS) @ 7,200rpm dengan tork maksimum 250Nm di antara 3,500rpm dan 5,500rpm. Ini membolehkan pecutan dari sifar ke 100 km/j dilakukan dalam masa hanya 4.3 saat (kelajuan maksimum 248 km/j).