Kereta eletrik Opel Ampera-e akan dipamerkan di Paris 2016

0
195

opel-ampera-e-electric-car-001

Kereta eletrik Opel Ampera-e bakal dipamerkan di Paris Motor Show 2016 yang akan berlangsung dalam bulan Oktober depan. Model tersebut dikatakan mampu mencapai jarak perjalanan menggunakan tenaga eletrik sepenuhnya sehingga lebih 400 kilometer. 

Dengan tork maksimum 360Nm dan kuasa kuda bersamaan 204PS, Ampera-e mampu memecut dari sifar ke 30 mph dalam masa 3.2 saat, manakala 50 – 75mph mengambil masa hanya 4.5 saat. Kelajuan maksimum yang dihadkan secara eletronik ialah 93mph.

Menurut pengeluarnya, Ampera-e mampu bergerak lebih jauh berbanding model-model kereta eletrik yang lain seperti BMW i3, Nissan Leaf, Renault Zoe dan VW e-Golf, berdasarkan rujukan daripada data-data dari New European Driving Cycle (NEDC).