Kawasaki Z1000 Sugomi Edition 2016

0
132

kawasaki-z1000-sugomi-edition-001

Untuk pasaran Eropah, Kawasaki memperkenalkan model Z1000 Sugomi Edition 2016 yang mempunyai penampilan lebih sporty dan agresif berbanding versi biasa. Seperti mana yang boleh dilihat, Z1000 Sugomi Edition 2016 ini dilengkapi sistem ekzos berjenama Akrapovic bagi memastikan bunyi yang dihasilkan mencapai standard yang lebih tinggi.

Warna yang melengkapi Kawasaki Z1000 Sugomi Edition 2016 diberi nama ‘Metallic Spark Black / Candy Crimson Red’, dalam bahasa mudah ianya disebut sebagai gabungan warna hitam dan merah. Dikuasakan enjin 1,043cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four), kuasa yang dihasilkan setinggi 142PS @ 10,000rpm dengan tork puncak 111Nm @ 7,300rpm.