Galeri: barisan model-model kenderaan klasik keluaran Bugatti

0
159

1936-bugatti-type-57c-atlantic

Jenama automotif Bugatti mempunyai sejarah yang panjang bermula dari tahun 1909, muncul sebagai sebuah syarikat pengeluar kenderaan berprestij yang berjaya pada zamannya, juga pernah melalui saat-saat kejatuhan dan tragedi.

Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah melihat model-model kenderaan keluaran Bugatti yang dikeluarkan pada tahun-tahun 1920an dan 1930an dahulu, yang mana kesemuanya kini sudah bertaraf klasik dengan nilai seni yang tersendiri.

Untuk tatapan anda, di bawah berikut ialah galeri 12 keping gambar model-model kenderaan keluaran Bugatti yang pernah dikeluarkan suatu ketika dahulu, saksikan.