Bentley Flying Spur W12 S capai kelajuan 325 km/j

0
84

bentley-flying-spur-w12-s-003

Pada 7 September 2016 yang lalu, Bentley Motors mengumumkan ketibaan model ‘flagship’ terbaharu di dalam barisan model Flying Spur, dengan menggabungkan acuan kemewahan, gaya dan kuasa: Bentley Flying Spur W12 S.

Menurut Bentley, Flying Spur W12 S hadir dengan kuasa dan tork yang dipertingkatkan daripada enjin ‘twin-turbo’ W12 bersesaran 6.0 liter. Melalui kalibrasi dan talaan yang tepat, kuasa enjin dipertingkatkan daripada 625PS kepada 635PS (626bhp) dan tork daripada 800Nm kepada 820Nm (605 lb. ft.) untuk pemanduan yang lebih dinamik.

Peningkatan kuasa bermakna Flying Spur W12 S berjaya mencapai kelajuan puncak 325 km/j (202 mph), menjadikannya sebagai model empat pintu pertama Bentley yang melepasi batas kelajuan 200 mph. Pecutan dari 0 – 100 km/j pula dilakukan dalam tempoh 4.5 saat.

Penghantaran Flying Spur W12 S untuk pelanggan dijadualkan bermula pada akhir tahun ini.