Subaru UK memperkenalkan Forester Special Edition

0
82

subaru-forester-special-edition-001

Bagi meraikan ulangtahun enjin Boxer Subaru kali yang ke-50, Subaru UK telah memperkenalkan Forester Special Edition yang ditawarkan dalam jumlah terhad 100 unit. Jualannya bermula dari 1 September 2016, dan berharga sebanyak £29,995 untuk varian petrol Lineartronic dan £31,495 untuk varian diesel Lineartronic.

Subaru Forester Special Edition diasaskan daripada model XC Premium, dan ianya turut didatangkan dengan peralatan tambahan bernilai £1,500 tanpa sebarang kos ekstra. Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan komprehensif Subaru selama tempoh 5 tahun dan 100,000 jarak perbatuan (Subaru’s comprehensive five-year, 100,000-mile warranty).

Antara kelengkapan unik untuk Forester Special Edition ini termasuklah cat metalik Hunter Green (Hunter Green Metallic Paint) dan tempat duduk kulit Special Edition berwarna coklat (brown). Ciri-ciri lain adalah seperti Subaru Starlink (a 7.0-inch touchscreen infotainment), sistem sambungan dan navigasi GPS, Hill Descent Control (HDC) dan sistem X-Mode.