Nissan Sentra SR Turbo 2017 terbaharu diperkenalkan di Miami International Auto Show 2016

0
103

2017-nissan-sentra-sr-turbo-001

Nissan Sentra SR Turbo 2017 melakukan debut di Miami International Auto Show 2016, yang berlangsung baru-baru ini dari 10 sehingga 18 September 2016, bertempat di Miami Beach Convention Center. Nissan Sentra SR Turbo terbaharu itu bakal menyertai barisan sedia ada Sentra untuk pasaran USA tidak lama lagi. 

Melihat kepada sistem penjana kuasa SR Turbo, ianya dikuasakan enjin turbocas 1.6 liter DIG (Direct Injection Gasoline) yang menghasilkan 50 peratus lebih kuasa berbanding enjin beraspirasi normal 1.8 liter pada model Sentra SR. Paras kuasa yang dihasilkan setinggi 188hp dengan tork maksimum mencapai angka 177 lb-ft.

Bagi membantunya mengendalikan peningkatan kuasa dan tork, Sentra SR Turbo terbaharu turut menerima struktur badan yang diperkukuhkan, sistem stereng yang disemak semula, ukuran brek cakera depan yang lebih besar, transmisi manual 6-kelajuan atau Xtronic dengan mod manual dan talaan semula sistem suspensi yang unik.

Selain daripada varian terbaharu SR Turbo, Nissan Sentra 2017 untuk pasaran USA juga ditawarkan dalam empat varian yang berbeza seperti Sentra S, SV, SR dan SL (Xtronic).