Model konsep terbaharu Mitsubishi GT-PHEV akan dipamerkan di Paris Motor Show 2016

0
75

mitsubishi-gt-phev-concept-001

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) mengumumkan model konsep terbaharu Mitsubishi GT-PHEV Concept akan dipamerkan di Paris Motor Show 2016 (1 – 16 Oktober 2016). Ianya merupakan sebuah model SUV generasi akan datang MMC yang dikuasakan oleh sistem dan teknologi PHEV (plug-in hybrid EV) dengan menggunakan tiga motor eletrik. 

Menurut MMC, model konsep Mitsubishi GT-PHEV merupakan sebuah model SUV berkelas tinggi yang mampu mengharungi semua permukaan jalan dengan mudah. Sistem PHEV yang melengkapinya menggabungkan pakej bateri berkapasiti tinggi generasi terbaharu, tiga motor berkuasa tinggi yang cekap dan enjin yang direka khusus untuk PHEV.

Semua kombinasi tersebut menghasilkan prestasi yang mantap untuk perjalanan jarak jauh yang selesa, termasuklah pemanduan menggunakan tenaga eletrik sepenuhnya sejauh 120km dan mencapai sehingga 1,200km jarak perjalanan bagi pemanduan hibrid. Dari segi reka bentuk, ianya menggunakan gaya bahasa rekaan paling terkini daripada MMC.