Lotus Evora 400 Carbon Pack versi lebih ringan

0
77

lotus-evora-400-carbon-pack-001

Lotus baru-baru ini telah memperkenalkan seleksi pilihan terbaharu bagi menjadikan model sport Evora 400 lebih ringan, yang mana ianya termasuklah pakej Carbon Pack, bateri lithium ion dan ekzos sport titanium. Keseluruhannya, Evora 400 kini boleh dikurangkan jumlah beratnya kepada hanya 1,353 kg.

Boleh didapati di semua pasaran, pakej Carbon Pack merangkumi beberapa komponen yang sebelum ini dipasangkan sebagai ciri standard untuk model Lotus Evora Sport 410. Antaranya ialah ‘front splitter section’, ‘roof panel’, ‘rear wing centre’, ‘rear diffuser finisher’, ‘front access panel’ dan ‘wing mirror caps’.

Menurut Lotus, pilihan pakej dan komponen ringan terbaharu yang ditawarkan untuk Evora 400 tersebut menyertai beberapa pilihan sedia ada sebelum ini, seterusnya membantu pelanggan-pelanggannya membuat pilihan untuk mendapatkan nisbah berat kepada kuasa yang lebih berkesan untuk kenderaan masing-masing.