Honda CBR1000RR 2017 dirakamkan sedang diuji di litar

0
104

2017-honda-cbr1000rr-spyshot-003

Menurut laporan daripada laman sesawang Motorcycle.com, beberapa keping gambar Honda CBR1000RR model tahun 2017 telah dirakamkan baru-baru ini oleh lensa kamera sewaktu ianya sedang menjalani ujian di litar Grobnik di Crotia.

Melihat kepada gambar-gambar yang dirakamkan itu, Honda CBR1000RR 2017 didapati telah mengalami perubahan dari segi rekaan luarannya yang agak ketara, terutama di bahagian hadapannya yang kini kelihatan lebih tajam dan agresif.

Setakat ini belum dapat dipastikan sejauh manakah perubahan yang dilakukan terhadap CBR1000RR 2017 jika dibandingkan dengan model CBR1000RR 2016, mungkin ianya akan didedahkan di INTERMOT 2016 atau di EICMA 2016 nanti.