Demak DTX 150 dijangka akan berada di pasaran Malaysia

0
224

demak-dtx-150-001

Salah sebuah model bergaya ‘naked’ keluaran Demak yang berada di pasaran tempatan ketika ini ialah Dart DXT 250, yang mana ianya memiliki enjin dalam kapasiti 250cc. Untuk segmen 150cc, sebuah model terbaharu dengan gaya yang hampir sama dan dikenali dengan nama Demak DTX 150, dijangka akan turut dilancarkan tidak lama lagi.

Demak DTX 150 akan memiliki enjin 4 lejang satu silinder dengan kapasiti sebenarnya ialah 161.5cc (4-Stroke, SOHC, Air & Oil Cooled Vertical Engine), seterusnya dipadankan kotak gear 5-kelajuan (1 Down 4 Up). Sistem penyampaian bahan api enjin Demak DTX 150 adalah jenis karburator. Kuasa yang dihasilkan daripada enjin motosikal ‘naked’ tersebut setinggi 9kW @ 8,000rpm dengan tork maksimumnya mencecah 12Nm @ 7,500rpm.

Untuk sistem brek depan, ianya didatangkan dalam spesifikasi brek cakera berukuran 260mm, manakala brek belakangnya adalah memadai dalam bentuk dram. Salah satu ciri unik Demak DTX 150 ialah suspensi belakang tunggalnya yang merupakan jenis pemasangan sisi di sebelah kanan, bukan di bahagian tengah seperti kebiasaannya.