Yamaha siarkan video ‘teaser’ YZF-R6 2017 terbaharu, bakal muncul secara rasmi pada 4 Oktober 2016

0
72

2017-yamaha-yzf-r6-teaser

Yamaha telah menyiarkan sebuah video ‘teaser’ mengenai kemunculan sebuah model supersport terbaharu yang akan diperkenalkan secara rasmi pada tarikh 4 Oktober 2016 akan datang. Setakat ini berdasarkan jangkaan daripada pihak media antarabangsa, model yang akan diperkenalkan itu ialah Yamaha YZF-R6 2017 terbaharu.

Melihat kepada klip video ‘teaser’ tersebut, tiada sebarang bayangan diberikan mengenai reka bentuk YZF-R6 2017 terbaharu, namun ianya pasti akan tampil dengan rekaan yang sporty dengan teknologi enjin yang lebih moden dan berprestasi tinggi. Sementara menantikan kemunculannya, kita lihat dahulu galeri Yamaha YZF-R6 2016 di pautan ini.