Kia Cadenza 2017 generasi kedua kini di pasaran USA

0
59

2017-cadenza-sxl-001

Model premium dan serba mewah keluaran Kia Motors America, Kia Cadenza 2017 kini telah berada di pasaran USA. Menurut Kia, Cadenza 2017 generasi kedua itu hadir dengan taraf kemewahan, teknologi, ciri-ciri dan kemudahan yang lebih tinggi berbanding model generasi sebelumnya, dan ianya turut hadir dengan rekaan yang lebih berani dan elegan.

Di bawah hud depannya terletak enjin V6 bersesaran 3.3 liter Kia yang telah disemak dan dinaiktaraf semula bagi memberikan pulangan tahap ekonomi yang lebih baik. Dengan 290 kuasa kuda dan tork maksimum 253 lb-ft., kuasa daripada enjin disalurkan ke pacuan roda depan melalui sistem transmisi automatik lapan kelajuan pertama buatan Kia sepenuhnya.

Sistem transmisi yang dibangunkan serba baharu itu dikatakan sangat cekap, memberikan respon dan penukaran yang gear yang lebih pantas dan berkesan untuk pengalaman pemanduan yang lebih menarik dan mengujakan. Melalui ujian ketahanan enjin yang dijalankan, Cadenza 2017 dikatakan dibina untuk bertahan dalam tempoh yang lama.