Honda sahkan model motosikal terbaharu ‘X-ADV’ akan berada di pasaran mulai tahun depan

0
182

2017-honda-x-adv-001

Salah sebuah model konsep yang boleh dikatakan cukup menarik yang dipamerkan oleh Honda di pameran motosikal antarabangsa EICMA 2015 yang lalu ialah Honda City Adventure, sebuah motosikal dalam segmen skuter yang disasarkan untuk kegunaan aktif sama ada untuk tunggangan di dalam bandar mahu pun untuk aktiviti pengembaraan.

Pada dua hari yang lepas, Honda Motor Europe secara rasminya mengesahkan bahawa model konsep berkenaan akan dikeluarkan sebagai model produksi untuk jualan bagi musim tahun 2017, dan akan dikenali dengan nama ‘X-ADV’. Honda X-ADV serba baharu itu dikatakan bakal menggabungkan semangat pengembaraan dengan prestasi dari semua aspek, dengan ciri-ciri praktikaliti dan keselesaan untuk semua keadaan tunggangan.

2017-honda-x-adv-002

Sesuai dengan konsep rekaannya yang inovatif, X-ADV akan didatangkan dengan sistem transmisi Honda yang unik sebagai ciri standardnya, iaitu sistem transmisi ‘Dual Clutch Transmission’. Honda X-ADV akan dipertontonkan kepada pengunjung di EICMA 2016 yang akan berlangsung di Milan, Itali, bermula dari 8 sehingga 13 November 2016 akan datang.