Honda akan mempamerkan Civic Hatchback 2017 serba baharu di Paris Motor Show 2016

0
199

2017-honda-civic-hatchback-001

Honda baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mempamerkan Civic Hatchback serba baharu versi untuk pasaran Eropah, bertempat di Paris Motor Show 2016 (1 – 16 Oktober 2016). Bagaimanapun sementara menantikan kemunculan global rasminya itu, gambar-gambar model berkenaan telah pun didedahkan kepada pihak media. 

Sementara menantikan maklumat lanjut mengenai spesifikasi teknikal dan enjinnya yang akan didedahkan secara rasmi nanti, saksikan dahulu gambar-gambar menarik model sporty berkenaan dalam galeri yang disediakan di bawah. Adakah model ini akan turut dibawa masuk ke pasaran Malaysia suatu hari nanti? Mungkin Honda Malaysia ada jawapannya.

Sumber: Auto Express