Nissan BladeGlider dipertontonkan di Rio de Janeiro, Brazil

0
55
Nissan BladeGlider traz tecnologias de ponta da mobilidade inteligente para a vida real

Nissan BladeGlider traz tecnologias de ponta da mobilidade inteligente para a vida real

Dalam bulan Ogos 2016 yang lepas, Nissan telah mempertontonkan dua unit prototaip model konsep Nissan BladeGlider di Rio de Janeiro, Brazil. Model sifar emisi dengan penampilan luar biasa itu dikuasakan oleh tenaga eletrik berprestasi tinggi sepenuhnya, dengan prestasi pemanduan yang menakjubkan dan sistem pengendalian yang dinamik.

Nissan BladeGlider traz tecnologias de ponta da mobilidade inteligente para a vida real

Rekaan Nissan BladeGlider memperlihatkan posisi tempat duduk pemandunya berada di bahagian tengah dan dua tempat duduk penumpang di bahagian belakang. Menurut Nissan berdasarkan ujian yang dijalankan, BladeGlider mampu mencapai kelajuan sehingga 190 km/j, dengan pecutan dari 0 ke 100 km/j hanya mengambil masa kurang dari 5 saat.

Kuasa yang menggerakkan Nissan BladeGlider dibekalkan oleh lima modul bateri lithium-ion 220kW, manakala dua roda belakangnya setiap satu dipacu oleh motor eletrik 130kW. Kuasa yang dihasilkan setinggi 268hp dengan tork maksimum mencapai 707Nm. Menurut Nissan lagi, BladeGlider menjadi petunjuk untuk sistem mobiliti pintar pada masa depan.