Mitsubishi Triton 2016 terbaharu dengan enjin MIVEC Turbo Diesel diperkenalkan untuk pasaran Malaysia

0
136

the-new-2016-mitsubishi-triton-with-mivec-turbo-diesel

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru-baru ini secara rasminya memperkenalkan Triton 2016 terbaharu dengan enjin MIVEC Turbo Diesel, dan ianya juga dikatakan sebagai model trak pikap pertama yang menawarkan enjin diesel aluminium. Ini menjadikan Triton 2016 terbaharu lebih berkuasa dan lebih menjimatkan penggunaan bahan api.

Menurut MMM lagi, penggunaan aluminium yang ringan berbanding material besi tetuang telah menjadikan enjin terbaharu itu lebih ringgan sekitar 30kg berbanding enjin sebelumnya, pada masa yang sama masih mengekalkan ketahanan dan keupayaannya yang telah terbukti. Prestasi enjin turut meningkat kepada 181PS bersama-sama tork maksimum 430Nm, di samping mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 15 peratus.

Mitsubishi Triton 2016 terbaharu turut mengalami peningkatan dari segi NVH (Noise, Vibration and Harshness) untuk pemanduan yang lebih senyap dan selesa. Penggunaan ‘timing chain’ pada enjin juga bermakna ianya akan mengurangkan kos penyelenggaraan, seterusnya memanjangkan hayat kitaran servis kenderaan.

Untuk pasaran tempatan ketika ini, Triton 2016 terbaharu didatangkan dalam pilihan enam varian kesemuanya, yang mana varian Triton VGT Adventure X menjadi model ‘flagship’ dengan kelengkapan aksesori standard yang sporty dan ranggi. Sama seperti sebelumnya, kesemua model Triton merupakan versi CBU (Completely Built-Up) buatan Thailand.

Mitsubishi Triton 2016 terbaharu didatangkan dengan kos penyelenggaraan percuma selama 2 tahun dan jaminan kilang selama 3 tahun / 100,000km, yang mana tiba dahulu. Di bawah berikut ialah senarai harga dan warna untuk enam varian Triton 2016 terbaharu:

NoVariantOTR Price without insurance GST inclusive (RM)Available Colours
1Triton VGT Adventure X 4×4 AT125,005Impulse Blue, Titanium Grey
2Triton VGT Adventure 4×4 AT118,198Earth Green, Red Solid, Pearl White, Shadow Black
3Triton VGT 4×4 AT109,446Sterling Silver, Pearl White, Shadow Black
4Triton VGT 4×4 MT102,619
5Triton 4×4 MT88,997Sterling Silver, White Solid
6Triton Quest 4×2 MT73,438